Tuesday, 28 August 2018

NEUTRAL GAS VECICLE


1. PENGENALAN GAS NGV
NGV adalah singkatan daripada kata penuh “Natural Gas for Vehicle” atau di dalam Bahasa Melayu membawa maksud kenderaan yang menggunakan gas asli. NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi negara dan individu di dalam proses alternatif penjimatan daripada pergantungan terhadap petrol semata-mata tanpa meminggirkan kualiti ngv yang digunapakai.
2. TUJUAN NGV
    Tujuan utama penggunaan NGV  adalah sebagai satu alternatif kepada bahan api cecair tradisional selain untuk mempelbagaikan penggunaan bahan bakar kenderaan.NGV juga bertujuan untuk meminimunkan permintaan bahan api tradisional(petroleum) terutamanya dalam sektor perkilangan dan perindustrian.
         












3. CONTOH SISTEM NGV (PETROL)
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguRrmVuJ4sXyp4_qM1weDDSdlLIJavHty2Ytsnw8h3qqDpVsyh7qvaGa_pSflAWfPx4XhgLRqK96BElCJhVF6wQa0inijIzx7UoahAU4oCEIe3NrVtCkMqGq04I1J7ZRY9nBr9h270wJk7/s640/A.png









4. KOMPONEN UTAMA NGV
1. FILLING VALVE
·      Fungsi filling  valve  sebagai tempat pengisian bahan api gas.
·      Biasanya ia ditempatkan pada bahagian engine 
·      Compartment dan bertekanan tinggi.
·      Pemasangan filling valve mestilah kemas dan ketat
·      Bagi mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses pengisian bahan api gas.
2. REGULATOR
·         Berfungsi untuk mengurangkan tekanan dari 200 bar -0.2 bar yang melalui 3 peringkat yang telah direka khas pada regulator.
·         Mempunyai 2 valve iaituinlet (high pressure)danoutlet (low pressure) valve.
·         Dipasang jauh dari punca kepanasan dan selari ketinggian dengan radiator.
3. CNG SOLENOID VALVE
·         Berfungsi untuk membuka dan menutup laluan bahan api gas.
·         Ia dikawal oleh selector swicth.
·         Ditempatkan pada regulator dan berhampiran preesure gauge.
·         Menghasilkan medan magnet bagi mengerakkan plunger keatas dan  kebawah.
·         Termasuk dalam kawasan tekanan tinggi.
 4. PETROL SOLENOID VALVE -4
·         Berfungsi untukmembuka dan menutup laluan bahan api petrol dari masuk kedalam karburator
·         Ia dikawal oleh selector swicth dan menerima 12 v dari bateri untuk beroperasi.
·         Ia ditempatkan diantara karburator dan mechanical fuel pump.
·         Khas untuk kenderaan jenis sistem bahanapi karburator sahaja.
·         Ia juga menghasikan medan magnet untuk menggerakan plunger.
·         Diletakkan pada bodi kenderaan.
 5. MIXER
·         Sebagai tempat percampuran bahan api gas dan udara
·         Binaaanya diperbuat daripada besi aluminium.
·         Direka pelbagai bentuk mengikut jenis kenderaan.

6. SELECTOR SWITCH
·         Berfungsi untuk mengawal penggunaan bahan api petrol atau gas.
·         Sebagai penunjuk kandungan bahan api gas di dalam selinder
·         berdasarkan lampu 4 lampu led yang terdapat pada display bar.
·         -Mempunyai 3 jenis warna lampu:
merah  -penggunaan bahan api petrol
Kuning –penggunaan bahan api gas gas
 hijau     - Menunjukkan kandungan gas di dalam selinder
·         Isyarat kandungan gas berdasarkan bacaan tekanan pada pressure gauge.
·         Terdapat 2 jenis selector  switch iaitu jenis karburator dan injection.
·         Selalunya ditempatkan pada dashboard sebelah pemandu.
7. PRESSURE GAUGE
·         Fungsi pressure gauge ialah membaca tekanan bahan api gas didalam sistem.
·         Biasanya ia diletakkan pada regulator kerana kawasan tersebut dalam lingkungan kawasan bertekanan tinggi.
·         Sekiranya gas didalam silinder berada dalam keadaan penuh(3000) psi,jarum pada pressure gauge akan menunjukkan bacaan 200 bar.
·         Selain itu,lampu led pressuge gauge akan menyalakan keempat-empat dot bewarna hijau yang terdapat pada selector switch.



8. POWER VALVE
·         Berfungsi sebagai merpecepat kandan melambatkan pergerakkan campuran bahan api gas dan udara masuk ke dalam ruang pembakaran.
·         Valve ini dilaras secara manual bagi mendapatkan permulaan pergerakkan sesebuah kenderaan yang paling baik semasa menggunakan bahan api gas.
·         Ia diletakkan di pertengahan low pressure hose.
9. CYLINDER VALVE
·         Berfungsi sebagai membuka dan menutup laluan bahan api gas dari selinder kefilling valve.
·         Cylinder valve di ikat pada selinder dengan ketat tanpa adanya kebocoran.
·         Ia berada dalam kawasan tekanan tinggi.
10. CYLINDER
·         Berfungsi sebagai tempat simpanan bahan api gas.
·         Direka khas berbentuk selinder dan mempunyai bahan yang berbeza.
·         Tekanan gas di dalam selinder 200 bar / 3000 psi.
·         Diikat pada brackec dan diletakkkan pada bahagian belakang kenderaan
5.  BAGAIMANA NGV BERFUNGSI
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp2CQEsU3TQ2XxyWDUtfUssrslDg-otbE8h-CJxjef4UWlJygIKoNfDTzvuiWoiN_W6tsyAbtfbO69QzF6Ie5DVUaKY4FA0DgpU3TeMtLRoSSthti3rachAgep1hLKOyD6oN313w4cvw/s1600/diagram.gif
  • Gas asli dimampatkan dan dimasukan ke dalam kenderaan melalui injap pengisi gas asli (bekas). 
  • Ia mengalir ke dalam silinder tekanan tinggi yang terletak di dalam atau di bawah kenderaan. 
  • Dalam NGV, pemilihan bahan api di papan pemuka ( SELECTOR SWITCH AND FUEL INDICATOR ) membenarkan pemilihan gas asli atau petrol untuk bertindak sebagai bahan api untuk kenderaan. NGV khususnya beroperasi semata-mata hanya penggunaan gas asli. 
  • Apabila gas asli diperlukan oleh enjin, ia dibekalkan dari silinder dan melalui injap master manual tertutup ( MASTER SHUT-OFF VALVE ). 
  • Gas asli akan melalui paip bahan api tekanan tinggi dan memasuki ke dalam regulator. 
  • Gas asli masuk ke pengawal selia ( REGULATOR ), yang mengurangkan tekanan daripada 2500 psi kepada tekanan atmosfera yang berhampiran. 
  • Injap solenoid gas asli membolehkan gas asli melalui daripada pengawal selia ke pencampuran gas (mixer) atau penyuntik bahan api gas asli. ( ia mematikan gas asli apabila enjin tidak berjalan atau apabila, dalam hal kenderaan ketika petrol dipilih).
  • Dalam gas NGV bahan api semulajadi yang bercampur dengan udara mengalir melalui karburetor petrol atau sistem suntikan bahan api ( injection ) dan memasuki kebuk pembakaran enjin. Dalam keadaan gas NGV yang beroperasi disuntik ke dalam kebuk pembakaran enjin melalui penyuntik semulajadi yang direka khas untuk bahan api gas asli.
  • Dalam penggunaa mode NGV, apabila pemandu memilih gas, sistem petrol konvensional tidak diaktifkan dan sistem gas asli secara automatik disalurkan.

6. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN NGV
KELEBIHAN NGV
Ø   Bahan api hijau –Tidak mengandungi plumbun dan asap kenderaan mesraalam.
Ø  Kos operasi yang rendah -kos operasi kenderaan yang menggunakan NGV lebih rendah berbanding menggunakan bahan api lain.
KEKURANGAN NGV
Ø  Berat kenderaan bertambah
Ø  Risiko terdapat bocoran gas
Ø  Hanya segelintir stesen bahan api yang menyediakan gas NGV di Malaysia

7. KESIMPULANN
NGV menjimatkan. Cuma kos permasangannya agak tinggi iaitu sekitar RM2500 sehingga RM5000 bergantung kepada sais tangki NGV tersebut.

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Borgata 충청남도 출장마사지 Hotel Casino & Spa in Atlantic 영주 출장마사지 City offers a large casino, 충청북도 출장마사지 a seasonal outdoor swimming pool and 광명 출장안마 a 동해 출장샵 fitness center. Rating: 4.6 · ‎5,923 reviews

    ReplyDelete