Tuesday, 28 August 2018


PERBEZAAN USAHAWAN DENGAN PENIAGA
USAHAWAN
PENIAGA
Seorang usahawan juga seorang peniaga
Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan
Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga
Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual beli
Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata
Sentiasa berusaha menambah keuntungan
Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil.
Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa
Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan.
Berkebolehan mencari, melihat dan merebut peluang perniagaan secara berterusan untuk mengembangkan usaha teroka.
Mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti
Tidak tertarik dengan perkembangan teknologi dan perubahan-perubahan
Biasanya peniaga cenderung mengambil risiko yang rendah dan cuba mengelakkan risiko.
Sanggup mengambil risiko yang sederhana atau risiko yang telah diperincikan.
Memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran
Menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran
Menggembeling sumber-sumber untuk penerusan perniagaan.
Menggembeling sumber-sumber bagi pembangunan usaha teroka.
Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup
Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa
Mementingkan keuntungan jangka masa panjang
Mementingkan keuntungan jangka masa pendek
Merenung jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan
Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian
Contoh: en. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.
Contoh: en. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.


No comments:

Post a Comment