Sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start
1. Bateri kereta kong
Inilah punca no.1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup.
Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup.
Maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat
mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk menghidupkan enjin.
Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri
sebelum memandu lihat paras aor bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang
tak boleh cek jadi sentiada alert dengan tanda tanda bateri nak kong.
Kalau tak boleh jumper, pinjam bateri kereta jiran,
masukkan ke kereta anda untuk hidupkan kereta sementara nak ke kedai bateri.
Jika kereta dah boleh hidup, tanggalkan semula bateri kereta jiran tadi dan
masukkan semula bateri kereta anda.
2. Kabel bateri kotor
Bila start enjin, langsung tak ada bunyi. Bunyi kosong
bermaksud tiada bunyi crank.. Crank.. Atau bunyi klik pun tak ada.
Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan
kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran
ini akan menyebabkan kuasa dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi
masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.
3. Spark plug rosak
Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... Lampu
semua menyala, tapi enjin tidak hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah
rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite.
Spark plug juga adalah antara punca kereta punya
pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun,
kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark
plug kereta anda.
4. Starter rosak
Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan
menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk
menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci
macam mana pun, kereta takkan start kerana starter sudah rosak. Jadi kenalah
ganti yang baru secepat mungkin.
5. Fuel filter tersumbat
Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan
dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke
dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil.
6. Fuel pum rosak
Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak
ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark
plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran
terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari
tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta
anda tidak dapat dihidupkan.
7. Minyak kereta habis
Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak
pastikan berapa banyak lagi minyak yang ada dalam tangki minyak.
No comments:
Post a Comment