Bil
|
Perkara
|
Muka surat
|
1
|
Senarai kandungan
|
1
|
2
|
Penghargaan
|
2
|
3
|
Pendahuluan
|
3
|
4
|
Keistimewaan al-quran Sebagai
Pedoman Hidup
|
4
|
1.
Pengenalan
|
4-5
|
|
2.
Akibat kelalaian terhadap
al-quran
|
5
|
|
3.
Kembali kepada al-quran
|
6
|
|
4.
Bagaimana mengambil manfaat dari
al-quran
|
7-12
|
|
5.
Perintan dan larangan allah yang
terdapat dalam al-quran
|
12-21
|
|
6.
Bacalah dan imam pun bertambah
|
22-24
|
|
5
|
Lampiran
|
25
|
6
|
Rumusan
|
26
|
7
|
Rujukan
|
27
|
1. SENARAI KANDUNGAN
2. PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Alhamdullilah,bersyukur
ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa ,dan tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Tugasan yang ini amat penting
buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan
subjek.
Sekalung
penghargaan untuk guru subjek saya, “Ustaz Muhamad
Zulkhairi Hanis Bin Mahad kerana
memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa bantuan tenaga
pengajar tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya,
terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Yahya Bin Mohamad dan Zaidah Binti
Hassan kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan
ini dijalankan.
Jutaan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan
memberikan tunjuk ajar kepada saya antaranya Muhammad Sapari Bin Ya, Tuan Fahmi
Azwa Bin Tuan Maktar , dan lain-lain lagi. Bantuan kalian mengenai tugasan ini amat saya hargai , dan tidak akan saya
lupakan.
Akhir
sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan.
3. PENDAHULUAN
Allah SWT telah menurunkan alQuran sebagai satu mukjizat terbesar yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala
sifatsifat kesempurnaannya. Membaca alQuran serta menghayati dan mengamalkannya
adalah satu ibadat sunnah.
Ayat-ayat AlQuran
mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan,
pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan
sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslim dan umat manusia untuk
mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu
Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al‘ alaq:15) Dan peristiwa ini terjadi
ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan
ayat AlQuran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat
278 sehingga 281 dari surah AlBaqarah.
Al-Quran juga adalah hidayah, rahmat, syifa, nur,
furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu
benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan
bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula
bermaksud yang memberi peringatan
4. KEISTIMEWAAN AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN HIDUP
4.1 PENGENALAN
Sudah terbukti bahawa
Al-Qur'an yang telah diturunkan kepada umat manusia adalah tetap dan tidak
berubah sepanjang zaman dari zaman nabi Muhammad hingga sekarang. Ianya juga
merupakan Al-Qur'an yang dibaca oleh para sahabat dahulu. Sesungguhnya
Al-Qur'an telah menjadikan mereka sebuah generasi yang istimewa, namun :
- Adakah perubahan itu berlaku pada umat islam pada
zaman sekarang?
- Mengapa Al-Qur'an tidak dapat mengulangi kembali
apa yang dilakukannya terhadap generasi terdahulu?
- Adakah sudah tidak wujud lagi orang-orang yang
seperti mereka?
Walaubagaimanapun ,
itulah yang sepatutnya berlaku kerana mu'jizat Al-Qur'an kekal abadi hingga ke
hari kiamat. Oleh itu, teranglah bahawa kemunduran umat zaman sekarang adalah
dari kesalahan mereka sendiri.
Di zaman ini banyak terdapat
menemui Al-Qur'an di setiap rumah seorang muslim dan dapat mendengarkan
siaran-siaran yang bermanfaat tentang kajian Al-Qur'an dan keislaman di
berbagai saluran television dan radio. Bahkan di saat ini terdapat puluhan ribu
atau ratusan ribu orang yang hafal Al-Qur'an yang mana belum pernah berlaku
kepada generasi pertama umat ini (generasi sahabat), namun mengapa ummat ini
tidak mendapatkan apa yang di dapatkan oleh para pendahulu mereka, padahal
begitu besar perhatian kita terhadap Al-Qur'an?
Hakikatnya kerana umat
zaman sekarang tidak memenuhi syarat-syarat yang perlukan agar Al-Qur'an
memandu mu'jizatnya pada diri kita dan agar ia mengubah diri kita. Perhatian
terhadap Al-Qur'an hanya sebatas perhatian terhadap lafaz-lafaznya sahaja di
mana perkataan “Mengajarkan Al-Qur'an” juga disempitkan
maknanya dengan mengajarkan huruf-huruf dan cara pengucapan yang benar tanpa
mengajarkan kandungannya. Begitu juga yang menjadi pendorong utama dalam
membacanya disebabkan ingin memperolehi pahala yang banyak tanpa memperhatikan
makna-makna di sebalik ayat-ayat itu. Makna-makna yang jika seseorang
merenungkannya akan membuatkannya merasa lega dari kepenatan dunia saat ia
membaca Al-Qur'an.
Sungguh aneh keadaan
zaman sekarang ketika merasa begitu senang melihat betapa ramai yang membaca tanpa mengetahui kandungannya
bahkan sudah menjadi kebiasaan kita, mencari siaran-siaran Al-Qur'an kemudian
membiarkan qari’ melantunkan ayat-ayat Al-Qur'an dan meninggalkannya bersama
dinding, sedangkan diri disibukkan kembali oleh pekerjaan.
4.2 AKIBAT KELALAIAN TERHADAP AL-QUR'AN
Cara berinteraksi yang salah dengan Al-Qur'an
menyebabkan kita tidak mampu memetik manfaat yang sebenarnya dari Al-Qur'an,
maka apakah akibat yang akan berlaku?
Ketika kita tidak mampu mendapatkan cahaya Al-Qur'an,
maka kemu'jizatan Al-Qur'an pun akan berhenti. Mu'jizat berupa perubahan yang
nyata bagi jiwa-jiwa manusia, disebabkan semakin jauhnya jurang pemisah antara
kewajiban yang mesti kita lakukan dan kelalaian diri kita antara ucapan dan
perbuatan, maka pada ketika itu berubah pula tujuan hidup kita dan bertambahlah
kecintaan dan kebergantungan kita terhadap dunia. Akhirnya berlakulah
sunnatullah yang terjadi ke atas umat-umat sebelum kita.
“Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana
sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah
dianugerahkannya kepada sesuatu kaum , hingga kaum itu merubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri ,dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (QS Al-Anfal : 53)
Begitu pula berlakulah apa yang diramalkan oleh
Rasulullah saw dalam suatu haditsnya :
“Kamu akan dikerumuni oleh berbagai golongan
sebagaimana makanan dikerumuni oleh orang-orang yang kelaparan, salah seorang di
antara sahabat bertanya, “Apakah waktu itu kita sedikit wahai Rasulullah?”
Beliau bersabda, “Bahkan jumlah kamu banyak, tapi kamu bagai buih di lautan,
kerana Allah telah mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu dan
menanamkan pada hati kamu penyakit al-wahn.” “Wahai Rasulullah apa itu
al-wahn?” “Cinta dunia dan takut akan kematian.”
4.3 KEMBALI KEPADA AL-QUR'AN
Dapat diketahui dengan jelas bahawa sudah sampai
masanya untuk kembali kepada Al-Qur'an, maka :
- Sambutlah jamuannya.
- Arahkanlah wajah kita kepadanya(membaca al-quran).
- Sibukan diri untuknya.
Dengan cara ini, dapat mengubah sikap umat islam pada
masa kini serta memudahkan janji allah sebagaimana janji Allah yang telah
disebut dalam al-quran surah ar-ra’ad ayat 11 yang berbunyi :
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS
Ar-Ra'ad : 11)
Ketahuilah bahawa tidak mungkin memulakan perubahan
selain melalui pintu Al-Qur'an dan permulaan selain Al-Qur'an tidak akan
membuahkan hasil yang kita inginkan.
Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah ubat yang
diturunkan oleh Allah untuk mengubati penyakit-penyakit yang ada dalam diri
manusia dan mengembalikan kesihatannya dalam hatinya.
Allah swt berfirman :
“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu
pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam
dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS Yunus : 57)
4.4 BAGAIMANA MENGAMBIL MANFAAT DARI AL-QUR’AN?
Tidak ragu lagi, barangsiapa yang meyakini bahawa
Al-Qur'an itu merupakan perkataan Allah yang ditujukan untuk dirinya, yang
setiap lembarannya mengandungi kunci-kunci keselamatan dunia dan akhirat, maka
ia dapat mengubah dirinya dalam keadaan yang bagaimanapun dengan izin Allah swt
dan tidak ragu lagi bahwa ia tidak memerlukan seseorang yang menunjukkan
wasilah-wasilah untuk membantunya mengambil manfaat dari Al-Qur'an kerana ia
dengan sendirinya telah bersedia untuk menerima arahan-arahan dari Al-Qur'an
yang akan mengubah dirinya.
Namun, jika merasa
begitu sukar pada permulaannya untuk melakukan perkara yang demikian,
disebabkan kebiasaan berinteraksi dengan Al-Qur'an dengan cara yang salah yang menjadi
pembatas antara Al-Qur'an atau yang sentiasa menghalangi dari mengambil manfaat
yang sebenarnya dari Al-Qur'an, maka untuk kembali kepada Al-Qur'an, memerlukan
wasilah-wasilah dan cara-cara yang praktikal yang akan membantu kita untuk :
- Memusingkan wajah kita kepada Al-Qur'an.
- Menerima jamuan pestanya.
- Masuk ke alam dan projek Al-Qur'an beserta
tahapannya.
Wasilah-wasilah yang penting untuk membantu
merealisasikan perkara ini, di antaranya :
- Menyibukkan diri dengan Al-Qur'an.
- Menyiapkan keadaan yang sesuai.
- Membaca secara perlahan.
- Teliti dalam membaca.
- Bertindakbalas terhadap ayat-ayat yang kita baca.
- Menjadikan makna sebagai tujuan.
- Mengulang-ulangi ayat-ayat yang menyentuh hati.
PERTAMA : MENYIBUKKAN DIRI DENGAN AL-QUR’AN
Etinya, menjadikannya al-quran sebagai satu-satunya
yang sangat penting dari benda lain, pusat perhatian dan keutamaan dan untuk menjadikannya seperti itu maka
mestilah dengan membiasakan untuk membacanya setiap hari walau dalam keadaan
yang bagaimana sekalipun. Dengan kata lain, masyarakat kena banyak meluangkan
waktu untuk Al-Qur'an.
Disebabkan perubahan yang dilakukan oleh Al-Qur'an
adalah perubahan yang lambat, tenang dan bertahap maka untuk dapat memetik
hasilnya diperlukan penerusan dalam berinteraksi dengannya dan tidak membiarkan
satu hari pun berlalu tanpa membacanya.
Ketahuilah, sebanyak mana meluangkan waktu untuk
Al-Qur'an maka sebanyak itu pulalah Al-Qur'an memberikan cahayanya kepada kita.
Barangsiapa yang mampu berinteraksi dengannya berulang kali dalam satu hari
maka ia telah meraih tongkat kemenangan.
KEDUA : MENYIAPKAN KEADAAN YANG SESUAI
Supaya Al-Qur'an melakukan perubahan pada diri maka kita mesti menyiapkan
keadaan yang tepat untuk menyambutnya, di antaranya mencari tempat
sepi yang jauh dari kebisingan sebagai tempat kita bertemu dengannya.
Tempat yang tenang akan membantu kita untuk :
- Lebih teliti dalam membaca.
- Memahami dengan baik.
- Cepat untuk bertindakbalas terhadap bacaan.
- Mampu untuk kita menzahirkan perasaan-perasaan
kita ketika kita merasakan gejolak-gejolak jiwa dengan tangisan atau doa.
Di samping itu,
hendaklah membaca Al-Qur'an pada waktu-waktu yang produktif bukan pada waktu
keletihan, mengantuk dan sebagainya. Begitu juga dianjurkan untuk berwudhu’ dan
bersiwak terlebih dahulu.
KETIGA : MEMBACA SECARA PERLAHAN
Ketika membaca Al-Qur'an, bacalah ia secara perlahan,
tenang dan tidak tergesa-gesa. Sikap ini hendaklah dijaga dalam pengucapan
perkataan yang benar dan agar dapat melantunkan ayat-ayat Allah swt dengan
indah dan sesuai dengan perintah Allah swt :
“Dan bacalah AlQur'an itu dengan perlahan-lahan.” (QS
Al Muzzammil : 4)
Janganlah perhatian bertumpu kepada akhir surah yang
dibaca. Tidaklah dianjurkan untuk
menamatkan Al-Qur'an lebih dari satu kali dalam satu bulan, misalnya dalam
bulan Ramadhan, yang justeru akan menyebabkan tergesa-gesa dalam membacanya.
Oleh itu, hendaklah saling berlumba untuk memetik buah-buah keimanan yang
terkandung dalam Al-Qur'an bukan dalam seberapa banyak kita habiskan
lembaran-lembaran Al-Qur'an.
KEEMPAT : TELITI DALAM MEMBACA
Bacalah Al-Qur'an sebagaimana kita membaca buku lain.
Jika kita membaca sebuah buku atau majalah atau suratkhabar biasanya kita
berusaha memahami apa yang kita baca dan apabila timbul rasa jemu, kita akan
kembali membolak-balik lembaran yang sudah kita baca dan mengulangi beberapa makna
yang tidak kita fahami, yang demikian itu disebabkan kerana kita ingin memahami
apa isi bacaan tersebut.
Begitulah pula seharusnya kita membaca Al-Qur'an, kita
membacanya dengan fikiran yang jernih. Apabila sampai masanya kita merasa
bosan, kita mengulang-ulang kembali ayat-ayat yang terakam dalam fikiran
kita.Pertama kali membacanya kita mungkin akan merasa sukar, disebabkan kita
sudah terbiasa membaca Al-Qur'an seakan-akan ia mantera-mantera yang tidak
bermakna.Hanya dengan kesungguhan dan terus mencuba, kita akan terbiasa untuk
membaca dengan teliti tanpa merasa jemu.
KELIMA : BERTINDAKBALAS TERHADAP APA YANG KITA
BACA
Al-Qur'an adalah Kalamullah yang ditujukan kepada
seluruh umat manusia. Ia ditujukan kepada semua manusia khususnya umat islam.
Oleh kerana itu, dalam Al-Qur'an akan menemui :
- Pertanyaan dan jawaban.
- Janji dan ancaman.
- Perintah dan larangan.
Maka hendaklahlah bertindakbalas terhadap
perkara-perkara yang kita baca dalam Al-Qur'an contohya :
- Menjawab pertanyaan-pertanyaannya.
- Melaksanakan perintahnya dengan bertasbih.
- Memuji Allah.
- Beristighfar kepada Allah.
- Sujud ketika mendapatkan ayat-ayat yang
memerintahkan kita untuk itu.
- Mengucapkan amin setiap melalui ayat-ayat yang
berisi doa.
- Meminta perlindungan kepada Allah dari panasnya
api neraka ketika membaca ayat-ayat yang berhubungan dengan neraka.
- Memohon syurga ketika membaca ayat-ayat yang
bercerita tentang syurga.
Demikianlah Rasulullah saw memberikan petunjuk kepada
umat islam dalam berinteraksi dengan Al-Qur'an dan sebagaimana yang dicontohkan
oleh para sahabat yang mulia. Begitu juga melakukan solat malam dengan
membacanya dapat menambah kekhusyu’an, teliti dalam membaca ayat-ayat Al-Qur'an
tanpa merasa jemu.
KEENAM : FAHAMILAH MAKNANYA SECARA UMUM
Sebahagian di antara umat islam ketika memulai untuk
mentadabur Al-Qur'an, berusaha untuk
memahami Al-Qur'an perkataan demi perkataan yang membuatnya merasa kesulitan
untuk melakukannya, terputus-putus dalam membacanya dan akhirnya ia akan merasa
bosan dan kembali membaca Al-Qur'an tanpa tadabbur dan kefahaman.
Namun adakah cara lain yang membuatkan mereka dapat
mentadabur Al-Qur'an tanpa perlu terputus-putus dalam membacanya? Satu-satunya
cara yang mudah untuk mempraktikkan kedua perkara ini dalam waktu yang
bersamaan adalah dengan memahami makna secara umum setiap ayat.
Ketika menemui beberapa perkataan yang sukar untuk di
fahami, maka cukuplah untuk meletakkannya sesuai dengan makna yang kita
dapatkan dari makna ayat tersebut secara umum sepertimana ketika membaca tulisan
bahasa asing lainnya, misalnya Bahasa Inggeris, ketika tidak tahu erti beberapa
perkataan, maka boleh difahami dari makna kalimah secara umum.
Begitulah Rasulullah saw mengajarkan kepada kita dalam
sabdanya :
“Sesungguhnya Al-Qur'an tidak diturunkan untuk
mendustakan antara satu bahagian dengan bahagian lainnya, tetapi membenarkan
antara satu bahagian dan bahagian lainnya, maka apa-apa yang kau ketahui
darinya maka amalkanlah, dan apa-apa yang tidak kau ketahui maka tanyakanlah
kepada orang yang tahu.”
Dengan cara seperti ini tadabur Al-Qur'an bukanlah
suatu perkara yang sukar bagi setiap orang. Namun ianya bukanlah bererti tidak
perlu membaca kitab-kitab tafsir dan mengetahui makna setiap perkataan kerana
tafsir mempunyai peranan yang sangat besar untuk menjaga kefahaman yang benar
dan merupakan pokok untuk mengetahui hukum-hukum syar'ie dan jangan sampai kita
mengambil kesimpulan sendiri dari ayat-ayat Al-Qur'an.
Sejarah umat Islam telah menyaksikan berbagai
penyimpangan yang berlaku disebabkan oleh pengambilan hukum berdasarkan
penafsiran peribadi tanpa memiliki keahlian di dalamnya, seperti kaum khawarij
dan aliran sesat lainnya.
Dengan peranan tafsir yang begitu besar maka perlulah
mempunyai waktu khusus untuk itu, selain waktu tilawah, kerana bukan sekadar
membaca al-quran sahaja tetapi juga mesti disertai dengan hati yang hidup.
Ini memerlukan pertemuan langsung dengan Al-Qur'an,
mengizinkan pengaruh-pengaruh kuat yang meresap dalam jiwa kita yang terus
menghunjam saat kita meneruskan bacaan dan mengizinkannya masuk ke dalam jiwa
kita dengan pengaruhnya yang kuat dan bertindakbalas dengan ayat-ayat yang kita
baca.
KETUJUH : MENGULANG-ULANG AYAT YANG MENYENTUH HATI
Ini adalah wasilah yang paling penting yang membantu
mempercepatkan dalam memetik manfaat dari Al-Qur'an. Berbagai wasilah
sebelumnya walaupun sama pentingnya tetapi ia ditujukan kepada akal fikiran
yang menjadi tempat bagi ilmu dan pengetahuan sedangkan keimanan bersumber pada
hati.
Hati adalah tempat berkumpulnya perasaan dan emosi
dalam jiwa manusia dan sebanyak kadar keimanannya itulah seseorang akan
tergerak melakukan amal soleh. Ertinya, iman adalah perasaan dan emosi.
Ada “gejolak” saat jiwa manusia merasakan adanya tindakbalas
semula dan luapan emosi keimanan yang dirasakan dalam doa-doa atau dalam solat
atau ketika membaca Al-Qur'an menyebabkan bertambahnya iman dalam hati manusia.
4.5 PERINTAH DAN LARANGAN DARI ALLAH YANG TERDAPAT
DALAM AL-QURAN
SURUHAN AGAR BERIBADAH
KEPADA TUHAN YANG PENCIPTA
[al baqarah Ayat : 21]
Wahai sekalian manusia!
Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang
terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa
SURUHAN AGAR SOLAT
BERJEMAAH DAN MEMBAYAR ZAKAT
[al baqarah Ayat : 43]
Dan dirikanlah kamu
akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjema'ah)
bersama-sama orang yang rukuk.
SURUHAN AGAR MENGINGATI
ALLAH
[al baqarah Ayat : 152]
Oleh itu, ingatlah kamu
kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu
kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.
SURUHAN AGAR BERPUASA
[al baqarah Ayat :
183-185]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu;
maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia
berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada
hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka
sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan
baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu,
sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia
berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka
(wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari
yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
SURUHAN MEMELIHARA
SOLAT DENGAN SEBAIK BAIKNYA
[al baqarah Ayat : 238]
Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu)
dengan khusyuk. Dan jika kamu takuti
(sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian
apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah,
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
SURUHAN AGAR JANGAN
SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]
Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada
perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang
yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
SURUHAN AGAR KAUM
WANITA MEMELIHARA PANDANGAN DAN BERADAB SOPAN
[AN NUR Ayat : 31]
Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka
(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang
lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu
berjaya.
SURUHAN AGAR BERKAHWIN
[AN NUR Ayat : 32-33]
Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan
orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.Dan orang yang tidak
mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi
kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, dan hamba-hamba kamu yang hendak
membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan bayaran tertentu),
maka laksanakan oleh kamu jika kamu mengetahui kebaikannya pada diri mereka,
dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala
mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup
di dunia. Dan barang sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah
sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
SURUHAN AGAR MENTAATI
ALLAH DAN RASULNYA
[ali imran Ayat : 32]
Katakanlah: Taatlah
kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling, maka
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang kafir.
SURUHAN MENJALAN AMAR
MA'RUF DAN NAHI MUNGKAR
[ali imran Ayat : 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang
berjaya.
SURUHAN AGAR BERTAKWA
KEPADA ALLAH
[an nisa'Ayat : 1]
Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang
telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan
isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya,
serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati kamu.
SURUHAN MENTAATI ALLAH DAN BERBUAT BAIK KEPADA
IBUBAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT UMUMNYA
[an nisa' Ayat : 36]
Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum
kerabat dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat,
dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang
terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang
yang sombong dan membanggakan diri.
SURUHAN MENTAATI ALLAH
, RASUL DAN PEMERINTAH
[an nisa' Ayat : 59]
Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan
Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya
SURUHAN AGAR BERWUDUK
JIKA AKAN SOLAT
[al maidah Ayat : 6]
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak
mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu
meliputi siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi
buku lali; dan jika kamu junub maka bersucilah; dan jika kamu sakit, atau dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu
sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu
yang bersih, sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak
mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan
kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
SURUHAN MEMBERI ZAKAT
KEPADA 8 MACAM,DI ANTARANYA
[AT TAUBAH Ayat : 60]
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya , dan
orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan
pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang
datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
SURUHAN MEMUNGUT ZAKAT
[AT TAUBAH Ayat : 103]
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi
sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan
doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
SURUHAN MENYAMPAIKAN
AJARAN AGAMA ISLAM
[AL HIJR Ayat : 94]
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang
diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan
kaum musyrik itu.
SURUHAN MENDIRIKAN
SOLAT
[AL ISRAK Ayat : 78]
Dirikanlah sembahyang ketika gelincir matahari hingga
gelap malam, dan solat subuh; sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan
para Malaikat.
SURUHAN MENGERJAKAN
IBADAH HAJI
[AL HAJJ Ayat : 27]
Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan
datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang
berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang
jauh.
LARANGAN BERJUDI DAN
MEMINUM YANG MEMABUKKAN
[al baqarah Ayat : 219]
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka
bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah:
(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya
kamu berfikir.
LARANGAN MERASA RENDAH
DIRI DAN BERSEDIH HATI
[ali imran Ayat : 139]
Dan janganlah kamu
merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang
tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.
LARANGAN MENGAHWINI
WANITA SEPERTI BERIKUT
[an nisa' Ayat :
-23-24]
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita
berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu,
dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu
yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu,
ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri
yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah
salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal
dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang
berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
MengasihaniDan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba yang
kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi kamu
wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu secara
bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati
dengannya, maka berikanlah mereka maskahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan tiadalah
kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah ditetapkan
maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
LARANGAN MEMINUM YANG
MEMABUKKAN,DAN BERJUDI
[al maidah Ayat : 90]
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.
LARANGAN MEMAKAN
BINATANG SEMBELIH TANPA MENYEBUT NAMA ALLAH
[al an'am Ayat : 121]
Dan janganlah kamu
makan binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana
sesungguhnya itu adalah perbuatan fasik; dan sesunggguhnya Syaitan itu
membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu; dan jika
kamu menurut hasutan mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang
musyrik.
LARANGAN BERSIFAT KIKIR
DAN BOROS
[al israk Ayat : 29]
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di
lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya,
akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.
LARANGAN MEMBUNUH ANAK
KERANA TAKUT MISKIN
[al israk Ayat : 31]
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
LARANGAN MENDEKATI ZINA
[al israk Ayat : 32]
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
LARANGAN BERJALAN
DENGAN SOMBONG
[al israk Ayat : 37]
Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong,
sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai
setinggi gunung.
LARANGAN BERKAHWIN
DENGAN WANITA YANG BERZINA DAN LELAKI YANG BERZINA
[an nur Ayat : 3]
Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan
dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan lelaki yang berzina
atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang atas orang yang
beriman.
LARANGAN MENYEMBAH
TUHAN SELAIN ALLAH
[al qashas Ayat : 88]
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain di
samping Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa
melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu semua
dikembalikan.
LARANGAN MENTAATI
IBUBAPA JIKA MEREKA MENGAJAK KEPADA KEMUSYRIKAN
[lukman Ayat : 15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya,
maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia
dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku.
Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada
kamu segala yang kamu telah kerjakan.
LARANGAN BERSIKAP
ANGKUH DAN SOMBONG
[lukman Ayat : 18]
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.
LARANGAN MENGIKUTI/MENTAATI
ORANG KAFIR DAN MUNAFIK
[al ahzab Ayat : 1]
Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah, dan janganlah
kamu turuti orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.
LARANGAN BERPUTUS ASA
DARI RAHMAT ALLAH
[az zumar Ayat : 53]
Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
LARANGAN MENGIKUTI HAWA
NAFSU
[asy syura Ayat : 15]
Oleh kerana itu, maka serulah mereka dan tetaplah
engkau sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kamu menurut hawa
nafsu mereka; Katakanlah: Aku beriman kepada Kitab yang Allah turunkan, dan aku
diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan
kamu. Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Tidak ada pertengkaran antara kami
dengan kamu. Allah akan himpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan kepada-Nyalah
tempat kembali semuanya.
LARANGAN MELUPAKAN
ALLAH
[al hasyr Ayat : 19]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah
melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupakan diri mereka. Mereka
itulah orang yang fasik
LARANGAN LALAI
MENGINGATI ALLAH
[al munafiqun Ayat : 9]
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan
oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan
(ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang
rugi.
4.6 BACALAH DAN IMANPUN BERTAMBAH
Allah Ta'ala berfirman :
"Dan apabila di bacakan kepada mereka
ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka(kerananya) dan mereka bertawakkal kepada
Rabb mereka."(QS Al-Anfal : 2)
Al-Qur'an adalah wasilah utama dalam bertambahnya
keimanan pada diri seseorang. Disebabkan Al-Qur'an mengandungi
pelajaran-pelajaran yang sangat berharga yang menggugah perasaan dan menerangi
jiwa, maka berlakulah tindakbalas semula dengan fikiran dan perasaan.
Benar…pada permulaannya sangat jarang kita
menemui “gejolak” luapan emosi keimanan tadi, akan tetapi
dengan selalunya kita membaca Al-Qur'an sesuai dengan wasilah-wasilah
sebelumnya, “gejolak” itu akan datang lebih kerap lagi setiap
kali kita membaca Al-Qur'an.
Apa yang kita lakukan ketika “luapan keimanan” itu
datang?
Kesempatan yang datang itu mesti kita petik dengan
baik, berusahalah agar cahaya iman dapat masuk ke dalam jiwa kita
sebanyak-banyaknya dalam “luapan keimanan” itu dan perkara itu
boleh kita lakukan dengan mengulang-ulang ayat yang menggugah perasaan kita,
jangan sampai merasa bosan untuk melakukannya selagi jiwa kita masih
bertindakabalas dan inilah yang dilakukan oleh para shahabat dan salafus soleh
ridhwanullahi alaihim.
Diriwayatkan dari Ubadah bin Hamzah ia berkata, “Suatu
hari saya menemui Asma’ solat dan membaca ayat :
“Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan
memelihara kami dari azab neraka.” (QS At-Thur : 27)
maka saya pun diam (memperhatikannya), kemudian dia
mengulang-ulang ayat itu dan berdoa dalam solatnya. Saya kemudian pergi ke
pasar, menunaikan keperluan saya dan pulang kembali. Saya temui dia masih
mengulang-ulang ayat tersebut dan berdoa.”
Dengan mengulang-ulang ayat yang menyentuh hati akan
melipatgandakan potensi keimanan dalam jiwa hamba dan dianjurkan untuk
meneruskannya dengan tangisan dan doa.
Allah swt berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang diberikan pengetahuan
sebelumnya apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas
muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata : Maha Suci Tuhan kami,
sesungguhnya janji Tuhan kami pasti penuhi. Dan mereka menyungkur atas muka
mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.” (QS Al-Isra’ : 107-109)
Wasilah-wasilah ini merupakan cara-cara yang praktikal
dan tidak sukar untuk dilaksanakan. Yang tinggal hanyalah kemahuan kuat kita
untuk sedia berubah di mana kemahuan ini akan mudah kita dapatkan pada diri
setiap kita hasil anugerah dari Allah swt.
Oleh kerana itu, kita ungkapkanlah ia dengan doa agar
Allah swt memudahkan jalan kita untuk kembali kepada Al-Qur'an dan mengambil
manfaat darinya.
Allah swt berfirman :
"Dan Tuhan kamu berkata. Berdoalah padaku niscaya
aku kabulkan." (QS Ghafir : 60)
Setiap kita seharusnya melihat dengan jelas sasaran
yang akan dicapai dalam kehidupannya iaitu “al qalbu al hay” (hati
yang hidup) yang diceritakan oleh Rasulullah saw akan tanda-tandanya :
"Kerinduan pada kampung keabadian, merasa jauh
dengan dunia yang menipu, menyiapkan diri untuk kematian sebelum ia
datang."
Maka teruskanlah untuk membaca Al-Qur'an dengan
cara-cara seperti di atas sepanjang umur kita.
Al-Qur'an adalah sebaik-baik pemimpin menuju Allah
dalam kehidupan yang dipenuhi oleh fitnah dan syahwat.
Apabila kita menginginkan kebahagiaan pada diri dan
keluarga kita, maka kembalilah kepada Al-Qur'an dan apabila kita
menginginkan ‘izzah’(kemuliaan) dan kemenangan untuk umat
ini, maka berpegang teguhlah pada Al-Qur'an kerana di dalamnya terdapat segala
apa yang kita perlukan untuk merealisasikan perkara itu.
Allah swt berfirman :
“Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya kami
telah menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) sedang dia dibacakan kepada
mereka?” (QS Al-Ankabut : 51)
Di saat kita sudah merasakan indahnya hidup bersama
Al-Qur'an, memetik makna-makna yang terdapat di dalamnya dan di saat kita
mengecap kemanisan iman, janganlah lupa untuk mendoakan untuk diri kita,
keluarga kita serta saudara-saudara kaum muslimin di berbagai penjuru dunia
agar memperolehi keampunan, rahmat dan mendapatkan ‘husnul khatimah’ (Kesudahan
yang baik).
Ya Allah, permudahkanlah usaha-usaha kami untuk kami
jadikan Al Qur’an sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan kami. Bantulah
kami supaya kami dapat melaksanakan wasilah-wasilah penting yang akan
mengembalikan kami mendapatkan sebesar-besar manfaat dari isi-isi Al-Qur’an
serta merubah hidup kami mengikut sistem dan kehendakMu.
5. LAMPIRAN
6. RUMUSAN @ KESIMPULAN
Alquran merupakan bukti nyata
bahawa Islam sangat menentang segala bentuk penyelewengan dan kekerasan. Adanya
orang-orang yang beragama Islam namun melakukan berbagai kekerasan, pembunuhan
dan terorisme adalah orang-orang yang tidak memahami Al-quran secara utuh, ia
hanya membaca sepotong-sepotong, sehingga pemahaman Islam yang terbentuk dalam pikirannya tidaklah sempurna, oleh sebab itu,
sebagai muslim yang berakal kita diperintahkan untuk membaca Al-quran dengan
betul.
Terakhir, Hidayat menekankan
bahawa bacalah Al-quran, ada banyak pelajaran yang boleh diambil sebagai
pedoman bagi kehidupan di dunia dan akhirat. Sebagai muslim, jadikanlah Al-quran
sebagai pedoman hidup sehingga kita boleh menjadi rahmat bagi sekalian alam.
7. RUJUKAN
4. http://sejarahperadabanislam77.blogspot.com/2013/05/kehidupan-bangsa-arab-sebelum-datangnya.html
No comments:
Post a Comment