Thursday, 3 March 2016

TOP OVERHAUL


TOP OVERHAUL
Pengenalan
Membaik pulih silinder, injap, dan omboh enjin salingan. Kotak engkol, dalam kes ini, tidak dibuka, dan rod penyambung ini tidak dikeluarkan dari crankshaft.

tanda-tanda kereta anda kena buat overhaul adalah seperti :
1. Keluar asap putih pada ekzos kereta, mula-mula pada waktu pagi sahaja sebelum keluar  
    sepanjang masa.
2. Spark plug kelihatan basah dengan minyak hitam
3. Bahagian enjin head kelihatan kesan minyak bocor (kat tempat tuang minyak hitam)
4. Minyak enjin selalu kena top up eg: setiap 3000km 300ml diperlukan

Kelebihan dan kekurangan melakukan Top Overhaul :
Kelebihan:
1- Menguatkan lagi kuasa enjin
2- Menjimatkan penggunaan bahan bakar
3- mengelakkan kebocoran minyak enjin
Kekurangan:
1- menggunakan kos yang tinggi untuk membaiki
2- risiko kerosakan akan berlaku semula
3- prestasi enjin tetap sama
4- komponen enjin bukan yang original dan sudah terpakai



Sebab utama Top Overhaul dilakukan:
1. Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2. Injap patah
3. Rocker Arm retak
4. Timing belt putus
5. Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan       
    permukaan blok
6. Prestasi enjin yang menurun mendadak
7. Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8. Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja














Langkah-langkah melakukan Top Overhaul :
1. Tanggalkan kabel bateri dan semua saluran paip yang bersambung dengan kepala silinder seperti hos  
    radiator dan juga kesemua hos vakum.
2. Tanggalkan penapis udara dan perumah penapis udara.
3. Tanggalkan kabel pendikit minyak dan choke cable.
4. Keluarkan kabel palam pencucuh dan tanggalkan unit pengagih.
5. Tanggalkan wayar pengebumi.
6. Tanggalkan kesemua tali sawat dan penutup timing belt.
7. Putarkan aci engkol sehingga mencapai tanda (marking), kemudian tanggalkan tali sawat pemasa.
8. Tanggalkan system pelepasan hasil pembakaran(exhaust).
9. Tanggalkan valve cover.
10. Tanggalkan rocker arm daripada kepala silinder.
11. Longgarkan skru yang mengikat kepala silinder pada blok. Longgarkan skru kepala silinder mengikut    
       turutan yang betul.
12. Tanggalkan kepala silinder setelah kesemua skrunya ditanggalkan dan letakkan kepala silinder  
       ditempat yang sepatutnya.
13. Tanggalkan pulley aci sesondol.
14. Tanggalkan pula aci sesondol daripada kepala silinder.
15. Tanggalkan pin injap.Setelah selesai menanggalkan semua pin injap, injap yangditanggalkan mestilah 
       dinomborkan mengikut silinder masing-masing.
16. Tanggalkan valve seat dengan menggunakan µvalve seat remover.
17. Letakkan kepala silinder pada tempat yang rata dan periksa kepala silinder samada ianyasudah retak, 
      permukaannya melengkung atau mengalami kerosakan pada bahagian- bahagian lain terutamanya
      pada bahagian saluran laluan air dan saluran minyak.
18. Periksa keratan kepala silinder dengan menggunakan pembaris besi yang rata dan tolok perasa.
19. Uji keratan rentas pancarongga masukan dan pancarongga ekzos. Jika kelegaannyaterlalu besar,  
       kepala silinder harus dihantar ke tempat yang sepatutnya untuk menjalani proses skimming bagi 
       meratakan kembali permukaannya.

20. Kesemua komponen yang telah dileraikan hendaklah dicuci bagi menghilangkan kotoran-kotoran  
       yang ada padanya.
21. Uji kebocoran injap dengan menggunakan petrol.
22. Pasangkan µvalve seat yang baru dengan cermat dan berhati-hati.
23. Pasangkan semula injap dengan menggunakan valve compressor untuk memasukkan pin injap.
24. Pasangkan aci sesondol, lengan jumpelang dan karburator.
25. Bersihkan permukaan omboh dan permukaan blok dengan menggunakan kertas lasataupun grinder
       yang menggunakan mata jenis berus dawai halus.
26. Pasangkan kepala silinder bersama-sama gasket kepala silinder yang baru dan sapudengan gam
       gasket jika perlu.
27. Ketatkan kepala silinder bersama-sama dengan menggunakan perengkuh daya kilas.Kekuatan
       semasa mengikat nat kepala silinder ialah 70 Nm.Semasa kerja-kerja  
       mengikat, kekuatan sepana kilas dimulakan dengan 10 Nm, kemudian ditambahkan lagi10 Nm agar  
       menjadi 20 Nm dan seterusnya 70 Nm.
28. Pasangkan oil seal yang baru pada aci putar. Pada permukaan dalamnya,sapukan sedikit gris 
       bertujuan mengelakkan kehausan dan memudahkan pemasangan.
29. Pasangkan puli aci sesondol dan ikatkan skrunya dengan ketat.
30. Pasangkan µtensioner bearing dan tolakkan kekiri dan kemudian ketatkan bagi menghalang ia
      daripada bergerak.
31. Pasangkan tali sawat pemasa. Pastikan marking berada dalm keadaan yang tepat.
32. Gerakkan puli acin engkol sebanyak tiga mata gigi ke hadapan.
33. Longgarkan skru yang mengikat tensioner bearing. Pastikan tali sawat pemasa cukup tegang dan
       ketatkan kemblai skru tensioner bearing.
34. Pasang penutup tali sawat pemasa dan juga komponen lain.
35. Pasang semula kesemua tali sawat yang telah ditanggalkan.
36. Pasang semula kesemua hos dan juga wayar yang ditanggalkan.
37. Seterusnya pasangkan pengagih mengikut silinder dengan betul.
38. Laras kelegaan µrocker arm dengan menggunakan tolok perasa.Kelegaan bagi injapmasuk ialah 0.15
       mm dan 0.20 bagi injap keluar.
39. Isikan cecair ke dalam radiator sehingga mencukupi. Hidupkan enjin dan biarkansehingga ia
      mencapai suhu kendalian.
40. Periksa keadaan µignition timing iaitu diantara 10 hingga 12 darjah.
41. Lakukan ujian penalaan terhadap enjin dan pandu uji jika perlu.













Rumusan top overhaul :
-Top overhaul adalah salah satu penyervisan enjin pada bahagian head.
-Ianya dilakukan dengan memeriksa semua komponen pada bahagian head sahaja.
-Ini sangat penting untuk memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik.

Rujukan :




No comments:

Post a Comment