Wednesday, 2 March 2016

Keruntuhan Akhlak (ASSIGMENT IKTBN TEMERLOH)

                               


INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH
(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)
KAMPUNG BONGSU , 28500 LANCHANG, PAHANG DARUL MAKMUR

ASSIGNMENT
                                    PENGURUSAN JENAZAH
KOD SUBJEK
GEN1031
SUBJEK
ISLAMIC STUDIED 1

NAMA

NO IC

NO MATRIK

JURUSAN
DAY 04- DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN)
SESI
2/2015
PENSYARAH




Bil
Perkara
Muka surat
1
Senarai kandungan
1
2
Penghargaan
2
3
Pendahuluan
3
4
1.      Pengertian akhlak
4
2.      Akhlak menurut islam
4
3.      Akhlak rasulullah
5-6
4.      Sifat mahmudah
7
5.      Sifat mazmumah
7
6.      Penerangan tiga sifat-sifat mahmudah dan mazmumah
8-9
7.      Gejala keruntuhan akhlak
10-12
8.      Faktor-faktor gejala keruntuhan akhlak
13-15
9.      Kesan-kesan keruntuhan akhlak
15-17
10.  Langkah-langkah mengatasi masalah keruntuhan akhlak
18-20
11.  Isu semasa
i)        Kempen I want to touch a dog
ii)      K-pop
21-22
23-24
5
Lampiran
25-26
6
Rumusan
27
7
Rujukan
28
1.   




























SENARAI KANDUNGAN
2.    PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa ,dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan  yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “Ustaz  Muhamad Nizamudin Bin Yusoff kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa bantuan tenaga pengajar tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Yahya Bin Mohamad dan Zaidah Binti Hassan kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar kepada saya antaranya Muhammad Sapari Bin Ya, Tuan Fahmi Azwa Bin Tuan Maktar , dan lain-lain lagi. Bantuan kalian mengenai tugasan  ini amat saya hargai , dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan.


3. PENDAHULUAN

Pada masa kini , masalah @ isu-isu berkaitan keruntuhan akhlak sering dipaparkan di dada-dada akhbar, di corong-corong radio, di kaca televisyen-televisyen, malah di media elektronik juga turut membincangkan tentang isu yang sama. Keruntuhan akhlak yang berlaku telah mengundang pelbagai salah laku jenayah seperti zina, rogol, minum arak, mencuri dan sebagainya.
Sangat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa jenayah juvana semakin meningkat, ada di antara pelajar yang masih belum menamatkan pengajian telah pun menggugurkan anak luar nikah, gejala dadah yang semakin menjadi-jadi dan lain-lain berita yang amat mendukacitakan dan menghiris jiwa. Masalah sosial ini nampaknya semakin serius dari semasa ke semasa.
 Justeru, ia memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada individu, keluarga, masyarakat dan negara bagi menangani masalah ini daripada terus merebak. Sekiranya dibiarkan, ia akan memusnahkan seterusnya menghancurkan bangsa dan negara. Sebenarnya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya semua masalah ada jalan penyelesaiannya bergantung kepada cara kita menangani masalah tersebut dengan serius.
Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi perhatian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing supaya gejala ini tidak berterusan berleluasa seterusnya merosakkan bangsa dan negara.


4. KERUNTUHAN AKHLAK
4.1 PENGERTIAN AKHLAK
          Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
        Akhlak dari segi istillah ialah Menurut imam al-ghozali akhlak adalah” suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang dapat memunculkan perbuatan-perbuatan dengan tanpa memerlukan pertimbangan pemikiran.” Sedangkan menurut Ibrahim anis “ khlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa, yang melahirkan bermacam-macam perbuatan, baik atau buruk, tanpa membutuhkan pemikiran dan pertimbangan.” ( Solihin, 2005: 18-19).

4.2 AKHLAK MENURUT ISLAM
Secara umum akhlak yang dari islam akan menyangkut dua hal penting, yaitu akhlak mrerupakan bukti dari keyakinan seseorang kepada yang gaib dan sangsi dari masyarakat apabila seseorang tidak melaksakan perbuatan sesuai dengan aturan yang ditetapkan dalam agama. Dalam Islam akhlak bersumber pada al-Quran dan As-sunah.  Al-Quran sebagai sumber utama dan pertama bagi agama Islam mengandung bimbingan, petunjuk, penjelas, dan pembeda antara yang hak dan yang bathil. Al-Quran juga sebagai sumber akhlak yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan manusia. As-sunah juga merupakan sumber akhlak dalam Islam.

4.3 AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH
1. Pemurah dan suka menderma Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.

2. Beradab ketika makan Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud: "Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga."

3. Aspek berpakaian Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Bagindamempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaianpakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai. Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.

4. Tutur kata Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkatakata. Tutur katanya dihiasi dengan katakata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orangorang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalanpersoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapanjawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.

5. Sifat berlapang dada dan pemaaf Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang
dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seorang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: “Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?” Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, “Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata kepadanya, “Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya. Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.

6. Kasih sayang. Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di manamana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat. Islam menggariskan hakhak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.

7. Ibadah Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita
jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta
merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orangorang yang cerdik berkelakuan. Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “AlQur’an bergerak” kerana AlQur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.

4.4 SIFAT MAHMUDAH
Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika
Antara sifat-sifat mahmudah
1.      Taubat (Membersihkan Hati)
2.      Khauf (Takut kepada Allah)
3.      Muhabbah (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)
4.      Zuhud (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
5.      Sabar (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)
6.      Sukur (Memuji setiap nikmat daripada Allah)
7.      Ikhlas (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )
8.      Tawakal (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)
9.      Redha (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)
10.  Zikrulmaut (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)

4.5 SIFAT MAZMUMAH
 Sifat mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Antara sifat-sifat mazmumah
1.      Banyak Makan
2.      Banyak Bercakap
3.      Marah
4.      Hasad
5.      Bakhil
6.      Cintakan Kemegahan
7.      Cinta Dunia
8.      Takabur
9.      Ujub (Hairan Diri)
10.  Riak (Menunjuk-nunjuk).

4.6 PENERANGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH DAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH
Antara sifat-sifat mahmudah dengan penerangan
1.      Ikhlas
Ø  Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah , yang mana ikhlas ini susah untuk mendapatkannya. Apabila sesuatu ibadah atau perkara yang dilakukan tanpa ikhlas maka ganjaran baik atau pahala akan berkurangan.Contohnya ialah orang yang beristigfar tapi tidak disertai dengan rasa penyesalan terhadap dosa yang telah dilakukan.
2.      Zikrulmaut
Ø  Ialah sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya. Hamba yang selalu mengingati mati akan sentiasa melengkapkan diri untuk bekalan akhirat. Oleh itu, seseorang yang mengingati mati akan memperbanyakkan amalan sunat , amal makruf dan lain-lain lagi.
3.      Zuhud (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
Ø  Zuhud ialah dalam hati seseorang itu tiada cintakan dunia dan zuhud itu bukan bermakna tinggal perkara dunia terus tetapi hanya ada di tangan bukan di hati. Ini bermakna ia lebih mementingkan akhirat dari dunia.

Antara sifat-sifat mazmumah dengan penerangan
1.      Bakhil
Ø  Sifat bakhil adalah sifat yang lahir daripada godaan syaitan. Godaan syaitan ini akan membawa atau menuju ke neraka jahanam. Bakhil dapat didefinisi sebagai menahan hartanya yang dimilikinya tanpa menunaikan  hak dan kewajipan yang petut dilaksanakan terhadap harta tersebut. Sifat bakhil terbina akibat dari kecintaan kepada dunia yang berlebihan(tamak dan kagum terhadap diri sendiri yang menyebabkan tidak ada keyakinan terhadap kemualiaan yang ada di sisi Allah SWT.
2.      Takabur
Ø  Orang yang mempunyai sifat takabur bukan sahaja membanggakan terhadap kejayaannya tetapi meremehkan orang orang lain kerana merasakan dirinya paling sempurna. Semua orang dipandang lebih kecil dan lebih hina. Sedangkan orang yang merendahkan orang lain belum tentu dirinya lebih mulia daripada orang lain yang direndahkan.
3.      Riak (Menunjuk-nunjuk).
Ø  Riak merupakan syirik khofi (syirik tersembunyi) iaitu dengan menyengutukan Allah secara tersembunyi , kadang-kala si pelaku riak ini sendiri tidak tahu bahawa dia telah mensyirikkan Allah.
Ø  Maksud riak ialah mencari penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu dapat mencari pangkat, kedudukan, dan sebagainya dengan cara menunjuk-nunjuk. Ramai yang mempunyai penyakit riak kerana tidak berhati-hati dalam setiap tindakan.
Ø  Contoh : seorang yang membuat sesuatu kebaikan untuk mendapat pujian orang sekelilingnya.
Ø  Firman Allah yang surah Al-Mau’un : 4-6

“maka celakalah orang-orang yang solat,Yang lalai dari solatnya,(iaitu) yang mengerjakan kebaikan untuk dilihat orang(riak)”(surah Al-Mau’un:4-6)

4.6 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
Isu keruntuhan akhlak bukan lagi suatu yang asing untuk diperkatakan. Ia menular di segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda, beragama Islam atau bukan Islam, lelaki atau perempuan, yang pasti ianya akan menjadi satu bencana yang amat dahsyat jika tidak dibendung dengan segera.
Di antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat, zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil khayal, judi, pembuangan bayi, mat rempit dan penagihan dadah yang seperti tiada kesudahannya. Gejala keruntuhan akhlak ini akan dibincangkan  dengan lebih lanjut di dalam ulasan yang seterusnya.

       I.            Seks Bebas
Hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina tergolong di dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, islam memandang berat terhadap kesalahan zina kerana ianya bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat kepada pelakunya malah kepada masyarakat. Selain perkataan seks bebas, sumbang mahram, zina dan liwat, semuanya membawa maksud hubungan seksual yg ditegah oleh hukum syarak. 
Pakar psikologi dan sosiologi berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia berpunca daripada perlakuan seks bebas tanpa ikatan yang sah. Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada 6 perkara buruk, 3 di dunia dan 3 di akhirat. Adapun yang di dunia adalah: Hilang seri pada wajah, pendek umur dan sentiasa miskin... Adapun di akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk perkiraan di padang Mahsyar dan mendapat azab neraka"
Kita tidak boleh membenarkan masalah ini terus berleluasa. Semakin ramai pasangan berani melakukn aksi yang terlampau malah menjijikkan di kawasan umum. Mereka sudah berani bercumbu di taman-taman, di dalam kenderaan awam, di pawagam malah di mana-mana sahaja yang mereka kehendaki tanpa perasaan segan dan silu. Muda mudi kini juga semakin bebas bergaul tanpa menghiraukan teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ibu dan bapa mereka sendiri.



    II.            Pembuangan Bayi

Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak  zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta kanak-kanak perempuan  atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau masih belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi pada masa kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini.
Perasaan malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi jalan pintas untuk menutup segala keaiban yang telah dilakukan. Kini, gejala pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat.

 III.            Rasuah
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat pada masa kini. Ia dilihat sebagai masalah keruntuhan akhlak yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan ‘rasuah’ berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘I-risywah’. Di dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam Al-Quran sendiri telah mendefinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.  

 IV.            Penyalahgunaan Dadah
Ancaman penagihan dadah masih kekal sebagai musuh utama pada masa kini. Gejala penagihan dadah ini adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan melibatkan ramai pihak terutamanya golongan remaja. Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan  kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani (fizikal) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenalpasti ialah  heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.


    V.            Bunuh Diri
 Mereka yang bertindak membunuh diri lazimnya berasa hidup mereka tidak berguna lagi sebaliknya lebih mendatangkan penderitaan. Terdapat juga orang yang bertindak sedemikian merasa disisihkan, sunyi dan tidak dipedulikan, serta berasa kecewa dan dirundung masalah kemurungan. 
Sesungguhnya Allah SWT melarang manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Ini menunjukkan betapa Allah SWT menghargai jiwa manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:
Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal di dalamnya, dan Allah SWT murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (S. An-Nisaa: 93).3


4.7 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK
Saban hari isu-isu keruntuhan akhlak terutamanya yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja ini, secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain.  Antara faktor-faktor keruntuhan akhlak ialah:  

1. Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.  Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara tidak langsung akan membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk remaja, namun apa yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. 

2. Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat. Kawan yang baik boleh membimbing kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu, sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pada usia yang masih mentah mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.


3. Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini. Tidak semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang kurang baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara budaya Barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan yang boleh didapati dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.
Tambahan pula, di zaman dunia tanpa batasan ini segala informasi boleh didapati dengan mudah hanya dengan melayari internet. Tidak dinafikan internet ini ada kebaikannya tetapi tidak kurang juga banyak keburukannya. Aktiviti penggunaannya tanpa pemantauan boleh mengundang padah.

4. Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku kepada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tetapi tidak dipedulikan dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup.
Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya, keluarga itu seolah-olah telah menetapkan satu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika mempunyai peluang untuk keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka tanpa berfikir panjang.
Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada satu peraturan pun atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin seterusnya mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah pelbagai keruntuhan akhlak.
5. Kurang Didikan Agama
Iman dan takwa yang jitu itu adalah pengikat yang berfungsi bagi menghalang seseorang daripada melakukan tingkah laku yang berlaku di luar batasan syarak. Pendidikan agama mempunyai fungsi yang sangat penting sebagai pelindung diri daripada terjerumus kepada pelbagai gejala keruntuhan akhlak. Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka sejak mereka masih kecil. Ini bagi memberikan anak-anak mereka pengetahuan yang jelas tentang hal-hal berkaitan agama, tentang halal dan haram. Bak kata pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya..”, maksudnya mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

4.8 KESAN-KESAN KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak pada masa kini akan mendatangkan impak yang sangat besar kepada masyarakat. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya individu tersebut mempunyai akhlak yang buruk, secara otomatik peribadi individu itu juga turut terjejas. Individu yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.


A.    Kesan Kepada Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan  dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu, kebanyakan remaja  pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakannya berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.


B.  Kesan Kepada Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. 

Antara kesan yang akan berlaku terhadap institusi kekeluargaan ialah:
ü  Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. 
ü  Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam keluarga, mungkin akan mendorong kepada wujudnya penceraian.  
ü  Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. 

C.  Kesan Kepada Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang amat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Seandainya masalah ini tidak dibendung dengan segera oleh pihak–pihak tertentu terutamanya pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan akhlak remaja–remaja Islam terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh sebab itu, pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan  di atas kelemahan bangsa kita sendiri.
Namun begitu, kesan yang paling ketara yang dapat dilihat sekiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: 
Ø  Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. 
Ø  Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati masyarakat. 
Ø  Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. 
Ø  Kadar jenayah di kalangan masyarakat juga akan turut meningkat di mana masalah ini akan menyebabkan kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Ø  Keharmonian dalam masyarakat sukar untuk diwujudkan.
Ø  Kadar jenayah di kalangan masyarakat juga akan turut meningkat di mana masalah ini akan menyebabkan kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. 
Ø  Keharmonian dalam masyarakat sukar untuk diwujudkan.

D.  Kesan Kepada Negara
Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan-badan NGO, dan juga masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat.  
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
§  Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. 
§  Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. 
§  Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. 
§  Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat berlakunya peningkatan kadar jenayah.
§  Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. 
§  Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka bangsa lain akan memandang serong terhadap agama yang kita anuti.


4.9 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK
Gejala keruntuhan akhlak pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera akan mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga, bangsa dan negara. Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi perhatian secara bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka. 
Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja dalam menangani masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari penyelesaiannya kerana setiap orang akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawah pimpinan kamu.”
Tanggungjawab untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini adalah tanggungjawab semua meliputi setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang mukallaf (akil baligh) mesti berusaha untuk mewujudkan akhlak mulia dalam diri. Ini dapat dihasilkan sekiranya dia memahami tuntutan berakhlak mulia dalam Islam. 

a)    Peranan Individu
Langkah yang paling penting dan paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui perbanyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Dengan cara ini individu akan merasa rendah diri dan menimbulkan keinsafan dalam diri individu tersebut. Apabila individu merasa lebih dekat dengan Allah SWT, secara tidak langsung mereka akan sentiasa cuba untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kemungkaran.
Individu disarankan supaya tidak segan silu untuk berkongsi masalah dengan keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling. Dengan cara ini mungkin dapat meringankan masalah atau beban yang mereka alami. Individu juga boleh meminta dorongan daripada keluarga atau orang-orang yang terdekat dengan mereka.


Pergaulan dengan masyarakat sekeliling boleh meningkatkan keyakinan diri individu di samping merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Ia juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.
Individu perlu menetapkan target atau membina azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Individu juga perlu sentiasa yakin bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.
Amalan cara hidup yang sihat juga dapat menghindari diri daripada terjebak kepada gejala keruntuhan akhlak. Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Lakukan senaman secara sistematik. Amalan pemakanan yang sihat boleh menjamin fizikal dan mental yang berkualiti, seterusnya dapat menghindari diri daripada gejala negative seperti penagihan dadah, minum arak, seks bebas dan sebagainya.

b)      Peranan Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak. Anak-anak perlu dididik sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu, “melentur rebung biarlah daripada rebungnya…”. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan mereka terjebak kepada gejala-gejala negatif seperti pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang supaya mereka tidak terjebak kepada gejala negatif yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan etika untuk menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan yang berterusan kepada anak-anak untuk berjaya.
Ibu bapa yang prihatin akan menyekat kebebasan anak-anak mereka dalam pergaulan, dalam erti kata lain menetapkan batas-batas pergaulan untuk anak-anak mereka. Namun demikian, perlu diselitkan toleransi supaya anak-anak tidak merasa tertekan atau dikongkong. Ibu bapa perlu meluangkan banyak masa untuk anak-anak supaya mereka rasa diambil berat dan disayangi di samping dapat merasai indahnya nikmat berkeluarga. Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-anak apabila mereka berada dalam kesusahan dan menjadi rakan pendengar yang setia dan sentiasa bersedia untuk berkongsi masalah yang anak-anak hadapi.


c)      Peranan Masyarakat
Masyarakat juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam membendung permasalahan akhlak di sesebuah negara. Sewajarnya masyarakat tidak bersikap sambil lewa dan tidak ambil peduli dengan membiarkan pihak yang terlibat terus terumbang-ambing sebaliknya berusaha untuk menangani masalah ini. Bantuan yang perlu dihulurkan bukan setakat berbentuk material, tetapi lebih kepada spiritual dengan memberi semangat dan tunjuk ajar yang terbaik bagi mereka yang bermasalah.

d)     Institusi Pendidikan
Sekolah juga memainkan peranan yang tersendiri dalam membendung masalah keruntuhan akhlak ini bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta. Tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu pelajaran tetapi lebih kepada menyemaikan nilai-nilai murni dan mendorong penghayatan kepada semangat Islam dalam erti kata yang sebenar. Maka, sebagai langkah pertama, wajar dimulakan dengan contoh dan teladan yang baik di kalangan para pemimpin masyarakat di negara kita.


4.10. ISU SEMASA
1.  Kempen I Want To Touch A Dog
Isu ini hangat diperkatakan di malaysia. Walaubagaimanapun , masih ramai yang  mempersendakan agama dengan menyahut  kempen  ini. Sedangkan telah  ternyata  dua  binatang ini haram( anjing dan babi)  dalam al-quran dan hadis. Baginda  nabi muahammad  saw sendiri  melarang  umatnya dari pada  menyentuh dua binatang ini.
Dalam masalah ini, hujah-hujah yang diberikan oleh golongan-golongan yang menggalakkan program ini adalah seperti cerita seorang  pelacur  Yahudi Bani Israil yang melihat seekor anjing yang kehausan , hampir mati dan terus memberi minum air dengan menggunakan kasutnya.  Hujah ini tidak berdasarkan hujah yang tepat.  Sememangnya hujah ini tidak boleh diguna pakai dalam masalah ini kerana pelacur itu menunjukkan belas kasihan terhadap anjing sedangkan kempen ini menggalakkan umat islam untuk bersuka-suka dengan haiwan ini.

Tambahan lagi, terdapat  hadith yang menyatakan anjing itu haram di sisi islam berdasarkan maksud  hadith ini ,,cara penyucian bekas salah seorang daripada kamu,apabila ia dijilat anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali,salah satunya dengan tanah-tanah. Oleh itu dapat di tegaskan disini maksud hadis diatas menegaskan bahawa menyentuh anjing adalah dilarang sama sekali kecuali jika dalam keadaan darurat  dan juga dalam keadaan tertentun.
Penganjuran aktiviti ini ( I Want To Touch A Dog) memberi kesan yang mendalam kepada umat islam yang mana menyebabkan penganut agama bukan islam akan memandang agama islam sama taraf dengan agama mereka sedangkan agama islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah dan sangat tinggi tarafnya.


Hukum Menyentuh Anjing Dan Babi Tanpa Darurat
Menyentuh anjing atau babi tanpa sebarang sebab yang mendesak adalah haram. Perbuatan ini dinamakan “Al-Najasah” dan dinyatakan sebagai sesuatu yang dilarang ( iaitu haram ) jika dilakukan tanpa keperluan. Imam Al-Ramli menyatakan
Mazhab Al-Syafi’ie dan Hmbali menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun, jika bulu anjing itu kering, tidak perlu seseorang itu menyamak pakaiannya atau tangannya apabila terkena sentuhan bulu anjing yang kering, memadai membasuh bahagian tersebut dengan air mutlak.
Ia hanya perlu disamak apabila tersentuh bulu anjing yang basah kerana kenajisan tersebut hanya “mengalir” jika ia basah. Dalam keadaan itu, apabila sesuatu yang kering terkena sama ada anjing atau babi yang basah  atau terkena anak yang lahir hasil kacukan anjing dan babi atau kacukan babi dengan binatang lain, maka benda yang terkena itu hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertama dengan tanah berdasarkan hadis yang sahih yang telah disebutkan.    
Oleh yang demikian dapat disimpulkan kempen ini menyebabkan umat islam keliru terhadap hukum memegang anjing kerana terdapat golongan atasan yang memberi sokongan terhadap kempen ini. Tambahan lagi, setiap umat islam hendaklah  mengambil pendapat yang betul bagi mengelakkan berlakunya perkara yang mempersendakan agama berlaku. Walaubagaimanapun, umat islam hendaklah peka  terhadap hukum memegang anjing adalah haram.

2. ISU K-POP

Insiden yang berlaku baru-baru ini di antara artis K-Pop yang dijemput oleh penganjur ke Malaysia telah meninggalkan kesan yang sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita melihat gadis melayu Muslim antara mereka yang dilihat obses atau terlalu taksub terhadap artis K-Pop berkenaan.
Perlakuan tidak senonoh dihadapan umum ini sememangnya boleh dijangka apabila konsert yang dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding keburukan kesan daripada penganjuran konsert berkenaan. Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya.
Secara dasarnya bagi umat islam dikehendaki menolak mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islami, tatasusila dan budaya negara ini tidak wajar dibenarkan. Rasullullah sendiri melarang .Berdasrkan fiman allah dalam surah an-nur ayat 31.

            Katakanlah kepada wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [QS. An-Nuur : 31]

Begitu juga kepada pemuda pemudi yang mempunyai pilihan menentukan program untuk dihadiri. Peliharalah akhlak dan harga diri. Jangan menunjukkan sikap yang melampau sampai sanggup membiarkan diri diperlakukan apa sahaja oleh artis yang disanjung(membiar agama dipermainkan). Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menburukkan  pandangan masyarakat umum. Sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah perkara mungkar.



5. LAMPIRAN
1. Penyalahgunaan Dadah
 
 GAMBAR
2. Rasuah 
 
 GAMBAR
3. Pembuangan Bayi
4. Bunuh Diri
 

5. Kempen I Want To Touch A Dog

6. Masalah kpopp
6. RUMUSAN @ KESIMPULAN
Berdasarkan  diatas dapat disimpulkan bahwa akhlak adalah ilmu yang menerangkan tentang perilaku atau perbuatan manusia. Akhlak itu sangat penting bagi manusia. Sifat seseorang dapat dilihat dari akhlak seseorang tersebut. Kemuliaan akhlak sangat dibutuhkan dalam kehidupan manusia yang penuh dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Islam sebagai agama yang dibawa nabi Muhammad saw adalah agama yang sempurna dan menghendaki kesempurnaan akhlak manusia.
Walaubagaimanapun keruntuhan akhlak masa kini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ianya banyak melanda muda-mudi yang bakal menjadi pewaris dan harapan bangsa pada masa hadapan yang boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan, jika masalah ini tidak ditangani dengan segera dan bijaksana beserta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan bangsa dan negara. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran pemimpin dan semua pihak yang terbesar dalam menentukan negara dan rakyat benar-benar mencapai kecemerlangan.

7. RUJUKAN
6)      http://tanbihun.com/tasawwuf/definisi-riya-dan-penjelasannya/





No comments:

Post a Comment