TOP
OVERHAUL
Pengenalan
Membaik pulih silinder, injap, dan omboh
enjin salingan. Kotak engkol, dalam kes ini, tidak dibuka, dan rod penyambung
ini tidak dikeluarkan dari crankshaft.
tanda-tanda
kereta anda kena buat overhaul adalah seperti :
1. Keluar asap putih pada ekzos kereta,
mula-mula pada waktu pagi sahaja sebelum keluar
sepanjang masa.
2. Spark plug kelihatan basah dengan
minyak hitam
3. Bahagian enjin head kelihatan kesan
minyak bocor (kat tempat tuang minyak hitam)
4. Minyak enjin selalu kena top up eg:
setiap 3000km 300ml diperlukan
Kelebihan
dan kekurangan melakukan Top Overhaul :
Kelebihan:
1- Menguatkan lagi kuasa enjin
2- Menjimatkan penggunaan bahan bakar
3- mengelakkan kebocoran minyak enjin
Kekurangan:
1- menggunakan kos yang tinggi untuk
membaiki
2- risiko kerosakan akan berlaku semula
3- prestasi enjin tetap sama
4- komponen enjin bukan yang original
dan sudah terpakai
Sebab
utama Top Overhaul dilakukan:
1. Enjin mengalami kepanasan sehingga
melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2. Injap patah
3. Rocker Arm retak
4. Timing belt putus
5. Enjin tiada pick up walaupun klac plate
masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan
permukaan blok
6. Prestasi enjin yang menurun mendadak
7. Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada
kebocoran ketara pada gasket
8. Enjin gegar dan satu dari plug tidak
berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja
Langkah-langkah
melakukan Top Overhaul :
1. Tanggalkan kabel bateri dan semua
saluran paip yang bersambung dengan kepala silinder seperti hos
radiator dan juga kesemua hos vakum.
2. Tanggalkan penapis udara dan perumah
penapis udara.
3. Tanggalkan kabel pendikit minyak dan
choke cable.
4. Keluarkan kabel palam pencucuh dan
tanggalkan unit pengagih.
5. Tanggalkan wayar pengebumi.
6. Tanggalkan kesemua tali sawat dan
penutup timing belt.
7. Putarkan aci engkol sehingga mencapai
tanda (marking), kemudian tanggalkan tali sawat pemasa.
8. Tanggalkan system pelepasan hasil
pembakaran(exhaust).
9. Tanggalkan valve cover.
10. Tanggalkan rocker arm daripada kepala
silinder.
11. Longgarkan skru yang mengikat kepala
silinder pada blok. Longgarkan skru kepala silinder mengikut
turutan yang betul.
12. Tanggalkan kepala silinder setelah
kesemua skrunya ditanggalkan dan letakkan kepala silinder
ditempat yang sepatutnya.
13. Tanggalkan pulley aci sesondol.
14. Tanggalkan pula aci sesondol daripada
kepala silinder.
15. Tanggalkan pin injap.Setelah selesai
menanggalkan semua pin injap, injap yangditanggalkan mestilah
dinomborkan mengikut silinder masing-masing.
16. Tanggalkan valve seat dengan
menggunakan µvalve seat remover.
17. Letakkan kepala silinder pada tempat
yang rata dan periksa kepala silinder samada ianyasudah retak,
permukaannya melengkung atau mengalami kerosakan pada bahagian- bahagian
lain terutamanya
pada bahagian saluran laluan air dan saluran minyak.
18. Periksa keratan kepala silinder dengan
menggunakan pembaris besi yang rata dan tolok perasa.
19. Uji keratan rentas pancarongga masukan
dan pancarongga ekzos. Jika kelegaannyaterlalu besar,
kepala silinder harus dihantar ke tempat yang sepatutnya untuk menjalani
proses skimming bagi
meratakan kembali permukaannya.
20. Kesemua komponen yang telah dileraikan
hendaklah dicuci bagi menghilangkan kotoran-kotoran
yang ada padanya.
21. Uji kebocoran injap dengan menggunakan
petrol.
22. Pasangkan µvalve seat yang baru dengan
cermat dan berhati-hati.
23. Pasangkan semula injap dengan menggunakan
valve compressor untuk memasukkan pin injap.
24. Pasangkan aci sesondol, lengan
jumpelang dan karburator.
25. Bersihkan permukaan omboh dan permukaan
blok dengan menggunakan kertas lasataupun grinder
yang menggunakan mata jenis berus dawai halus.
26. Pasangkan kepala silinder bersama-sama
gasket kepala silinder yang baru dan sapudengan gam
gasket jika perlu.
27. Ketatkan kepala silinder bersama-sama
dengan menggunakan perengkuh daya kilas.Kekuatan
semasa mengikat nat kepala silinder ialah 70 Nm.Semasa kerja-kerja
mengikat, kekuatan sepana kilas dimulakan dengan 10 Nm, kemudian
ditambahkan lagi10 Nm agar
menjadi 20 Nm dan seterusnya 70 Nm.
28. Pasangkan oil seal yang baru pada aci
putar. Pada permukaan dalamnya,sapukan sedikit gris
bertujuan mengelakkan kehausan dan memudahkan pemasangan.
29. Pasangkan puli aci sesondol dan ikatkan
skrunya dengan ketat.
30. Pasangkan µtensioner bearing dan
tolakkan kekiri dan kemudian ketatkan bagi menghalang ia
daripada bergerak.
31. Pasangkan tali sawat pemasa. Pastikan
marking berada dalm keadaan yang tepat.
32. Gerakkan puli acin engkol sebanyak tiga
mata gigi ke hadapan.
33. Longgarkan skru yang mengikat tensioner
bearing. Pastikan tali sawat pemasa cukup tegang dan
ketatkan kemblai skru tensioner bearing.
34. Pasang penutup tali sawat pemasa dan
juga komponen lain.
35. Pasang semula kesemua tali sawat yang
telah ditanggalkan.
36. Pasang semula kesemua hos dan juga
wayar yang ditanggalkan.
37. Seterusnya pasangkan pengagih mengikut
silinder dengan betul.
38. Laras kelegaan µrocker arm dengan
menggunakan tolok perasa.Kelegaan bagi injapmasuk ialah 0.15
mm dan 0.20 bagi injap keluar.
39. Isikan cecair ke dalam radiator
sehingga mencukupi. Hidupkan enjin dan biarkansehingga ia
mencapai suhu kendalian.
40. Periksa keadaan µignition timing iaitu
diantara 10 hingga 12 darjah.
41. Lakukan ujian penalaan terhadap enjin
dan pandu uji jika perlu.
Rumusan
top overhaul :
-Top overhaul adalah salah satu penyervisan
enjin pada bahagian head.
-Ianya dilakukan dengan memeriksa semua
komponen pada bahagian head sahaja.
-Ini sangat penting untuk memastikan enjin
sentiasa dalam keadaan baik.
Rujukan
: